MESYUARAT AGUNG KEPTAN 
DAERAH KUALA LANGAT 
KALI KE 20 TAHUN 2018





TARIKH : 25 APRIL 2018

HARI : RABU 

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BUDIMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG TENGAH

* SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR











URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI 2017 HINGGA JUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)
Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM
13 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017 (Jam 11.59 malam)
10 Julai 2017 hingga 18 Julai 2017 (Jam 11.59 malam)

Urusan ini terbuka kepada :

(a) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

(b) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

(c) Pembantu Makmal Gred C19

(d) Penyelia Asrama Gred N19

(e) Pembantu Pengurusan Murid Gred N19

(f) Tukang K2 Gred R11

(g) Tukang K3 Gred R9

(h) Pemandu Kenderaan Gred R3

(i) Pembantu Am Pejabat Gred N1

(j) Pekerja Awam Gred R1

3. Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 13 JUN 2017.

4. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

(a) Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;

(b) Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

(c) Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

(d) Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan; dan

(e) Pegawai yang berada di dalam Jawatan Kumpulan.

5. LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PKP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PKP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.



Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PKP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)
MESYUARAT AGUNG KEPTAN KUALA LANGAT 
KALI KE 20 TAHUN 2017

TARIKH : 3 MEI 2017

HARI : RABU 

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN CENDERAWASIH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

* SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANTARA AHLI KEPTAN CAWANGAN KUALA LANGAT

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP ANTARA AHLI KEPTAN CAWANGAN KUALA LANGAT



Tarikh : 07 Oktober 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan KLIA , Nilai






URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 KE GRED N22 BAGI TAHUN 2016 DI KPM

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI TAHUN 2016 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke Gred N22 di Kementerian Pendidikan Malaysia. Urusan Pemangkuan ini dilaksanakan bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 di Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Urusan Pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17  di bawah Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah dilantik secara tetap sebelum atau pada 31 Disember 2006.
Keterangan lanjut sila rujuk lampiran Surat Siaran di bawah.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-19 TAHUN 2016 KESATUAN PEMBANTU TADBIR ( PENDIDIKAN ) CAWANGAN KUALA LANGAT

Makluman untuk semua ahli KEPTAN Cawangan Kuala Langat bahawa AJK KEPTAN Cawangan Kuala Langat akan mengadakan mesyuarat pada ketetapan berikut :-


Tarikh : 5 Mei 2016  ( KHAMIS )
Masa : 8.00 Pagi 
Tempat : Kolej Komuniti Kuala Langat


Semua Ahli KEPTAN Cawangan Kuala Langat adalah dijemput hadir untuk mesyuarat berikut;

Sekian,
Admin KEPTAN

BENGKEL KEMASKINI PENYATA AKAUN SEKOLAH MELALUI SISTEM ESPKWS BAGI TAHUN KEWANGAN 2015

Tarikh            : 17 November dan 18 November 2015 (Isnin dan Selasa)
Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat          : Bilik Mesyuarat Seri Delima, PPD Kuala Langat
Bahan            : 1) Dokumen Kewangan Semasa
                        2) Laptop
                        3) Broadband 
                        4) Extension Wire

Senarai Sekolah Mengikut Tarikh Sila KLIK URL :  Page 1          Page 2


*Perhatian
Pastikan semua dokumen telah disemak dan dikemaskini sebelum bengkel dijalankan.
Sebarang kemusykilan  sila rujuk JU SPKWS yang dilantik