URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI 2017 HINGGA JUN 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)
Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM
13 Jun 2017 hingga 9 Julai 2017 (Jam 11.59 malam)
10 Julai 2017 hingga 18 Julai 2017 (Jam 11.59 malam)

Urusan ini terbuka kepada :

(a) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

(b) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

(c) Pembantu Makmal Gred C19

(d) Penyelia Asrama Gred N19

(e) Pembantu Pengurusan Murid Gred N19

(f) Tukang K2 Gred R11

(g) Tukang K3 Gred R9

(h) Pemandu Kenderaan Gred R3

(i) Pembantu Am Pejabat Gred N1

(j) Pekerja Awam Gred R1

3. Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 13 JUN 2017.

4. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

(a) Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;

(b) Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

(c) Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

(d) Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan; dan

(e) Pegawai yang berada di dalam Jawatan Kumpulan.

5. LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PKP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PKP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.



Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PKP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)