Profil

KESATUAN PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR RENDAH
PENDIDIKAN SEMENANJUNG MALAYSIA
(KEPTAN)

TUJUAN PENUBUHAN

Mewujudkan hubungan harmoni dan berkesan melalui perbincangan antara pekerja dan majikan.
Membincang serta mengemukakan cadangan dan pandangan daripa kumpulan sokongan kepada pihak majikan.
Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah baik perkhidmatan, perjawatan dan saraan selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
Sentiasa mendukung hasrat, cita-cita dan wawasan kerajaan.

VISI

Kearah kecemerlangan Profesion Kumpulan Sokongan (Pelajaran)

MISI

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjana penjawat awam berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MOTTO KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA
"KEPTAN MAJU JAYA"

OBJEKTIF

Menjadikan KEPTAN sebagai satu kesatuan sekerja yang cekap dalam memperjuangkan hak kumpulan sokongan (Pendidikan) serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Melindungi hak-hak pekerja kumpulan sokongan.
Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti, cekap dan berkesan.