URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17 KE GRED N22 BAGI TAHUN 2016 DI KPM

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 KE GRED N22 BAGI TAHUN 2016 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke Gred N22 di Kementerian Pendidikan Malaysia. Urusan Pemangkuan ini dilaksanakan bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 di Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Urusan Pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17  di bawah Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah dilantik secara tetap sebelum atau pada 31 Disember 2006.
Keterangan lanjut sila rujuk lampiran Surat Siaran di bawah.